Friday 28 August 2015

Trip to Krabi (Part 3)

Assalamualaikum everybody !!

Lama beta x menaip kat sini. Makin lama makin berhabuk. But don't worry guys cause now, I'm back!!!

Sebab utama mengapa saya kembali disini adalah untuk melengkapkan travelog yang masih x siap. baru siap 2 part, ada lagi satu ni hah.. maklum la, duk siapkan thesis and internship. Sekarang ni baru laa free sikit nak post. Minta maaf sgt2 kpd semua followers yer.. hihi (rasa famous pulak).

Ok laa, cukup dgn bebelannya. Ayuh, kita sambung perjalanan untuuk hari ketiga di Krabi.

Macam biasa laa, bangun awal pagi dan makan pagi. Sepanjang kitorang ekat Krabi ni, kitorang just makan breakfast dekat kedai serbaneka je. Sebab nya harga makanan sangat laa murah. Cakap je xde guna jugak. Nah, nak tunjuk sikit gambar tu cmne makanan breakfast tu.


Seperti yang korang dapat lihat, ada dua jenis nasi iaitu nasi goreng udang dengan nasi goreng telur mata. Kedua-duanya berharga 35 baht atau RM3.50. Dahlah murah, halal pulak tu. lagi satu tips aku nak bgtau korang ni iaitu korang jangan risau untuk beli makanan dekat 7 Eleven ataupun dekat Family Mart. Kat sini ada banyak makanan dengan logo halal yang diiktiraf oleh Islamic Association of Thailand. Jangan risau. Air kotak milo pun murah. Just RM1.30. Perghhh.. Tak nak pergi krabi ke kalau harga cmni?? hehehhe..

Ok. dah siap makan, apalgi, kita teruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu melawat Hot Stream, Emerald Pool dan juga Taman Gajah !!! Whooottttt...

First of all, we went to Hot Stream Waterfall. Masuk2 je kat situ, ada satu kolam air panas di mana kita terus rendam kaki kat situ. Ya Allah.. rasa air tu agak panas laa, tahan je laa..


Lepas duk rendam selama 20 minit, kami pun gerak lagi ke dalam, kat situ, ada waterfall. Dekat area tu, lagi ramai tourist yang berendam. Kat situ boleh laa nak mandi manda. Tapi aku tak mandi pun sebab ramai sangat orang. Rimas !! hahhaha..


Tapi air dekat sini lagi panas daripada dekat kolam tadi tu.. Kitorang pusing2 kat situ sambil main air dengan kawan2. Then, kitorang beralih pula ke Emerald Pool. Dekat sini, ada dua tempat tarikan utama iaitu Emerald Pool dan Blue Pool.

Emerald Pool merupakan sebuah kolam yang sangat jernih, Airnya yang cantik dan biru memukau setiap pengunjung yang tiba di sini. Kalau dah sampai tu, mesti korang nak ambik gambar kolam tu. Sebab apa? Tengok laa gambar ni.


Subhanallah. Terpesona dengan kecantikan kolam ni. Bila dah nampak kolam ni depan mata, apalagi, terjun la kita ke dalam kolam ni. Airnya sangat sejuk dan nyaman. Inilah ketenangan yang dapat diperolehi.

Dah habis mandi, ada agi satu tempat yang perlu aku lawati iaitu Blue Pool. Perjalanan sejauh 3.6 km dari pintu utama mungkin melemahkan semangat anda untuk ke sana sebab perjalanan yang jauh tapi percayalah bila anda sampai ke Blue Pool, pasti anda takkan menyesal. Kenapa???


Ya Allah. Sungguh indah ciptaan-Mu. Kolam ni tak boleh mandi sebab tanah jerlus. Jalan dekat tepi kolam ni pun dah rasa macam nak kena tembus ke dalam tanah. But, it is a good experience to see all these natural beauties, created by Allah s.w.t.

Ok. Dah penat berjalan, tiba lah masa untuk lunch !! Menu yang disediakan oleh pihak urusetia ialah nasi dengan thai green curry, sayur campur dan ikan masak merah. Perghhh.. tom yam dia memang kaw2 laa. Pedas dan sedap sehingga menjilat jari.


After that, we went to Elephant Kingdom which located half an hour from Ao Nang. There, we experienced a ride with elephant crossing the jungle and the pool. Peluang untuk naik gajah ni bukan senang. Kat Malaysia, susah sikit nak cari tapi kalau dekat Thailand, amatlah mudah untuk mencarinya. Maklum laa, Thailand dan gajah tak boleh dipisahkan.


Dah puas naik gajah, kitorang pun balik laa ke hotel. Sampai je hotel, kitorang penat gillerrr222 and aku tertidur sampai malam (sempat sembahyang ok !!). Dah terlajak tidur tu, nak buat camne kan, penat sangat duk naik gajah, jalan jauh ke emerald pool dan blue pool dan juga menikmati hot stream waterfall..

Keesokan harinya, kitorang berkemas untuk check-out hotel. Pagi2 lagi dah checkout sebab kita kena sampai awal dekat airport. Takut2 ada schedule change dekat flight tu and expect the unexpected. Bila dah sampai airport tu, kitorang pun naik la flight and went back to my beloved hometown, Malaysia.

In conclusion, tamat laa sudah travelog saya di Krabi. Saya berharap agar korang semua enjoy dengan entri saya yang tak seberapa ni.. hehe..

Jumpa lagi di post yang akan datang (tu pun kalau rajin laa !!) Bye !!!

1 comment:

  1. Krabi ni memang sesuai utk rilek2 dan berjimba2 😀

    ReplyDelete