Thursday, 21 December 2017

Trip to Yogyakarta (Part 4)

Assalamualaikum.

Final day at Yogyakarta is arrived. Perasaan sedih sedikit menghantui diri ini.

DAY 4

Kalau ikutkan itinerary, agenda pada hari ini adalah pergi ke Taman Sari Water Castle, Bakpia 25, and Malioboro. Tapi, kami dah menginap di Malioboro. Aku fikir agak tak syok laa last day ni sebab tak banyak tempat boleh pergi.

Namun, aku terfikir pada hari kedua tu, kami tak sempat ke Kalibiru. Apa lagi, aku push si supir ni untuk bawa kami ke Kalibiru. Alhamdulillah, pada pagi itu, cuacanya nyaman sekali. There is a very high chance for us to get a picture over there.

Kami tiba di Kalibiru pada jam 8.40 pagi. Entrance fee je dah bernilai 10,000 IDR. Kat situ, ada banyak spot yang korang boleh bergambar. Lebih dari 5 spot rasanya. Tapi kami pilih satu spot je sebab semuanya mempunyai background yang sama, iaitu tasik biru.

Kami memilih untk bergambar di Spot 1. Naik Spot 1 je dah makan duit sebanyak 15,000 IDR. Kat situ, ada servis gambar jugak. Kat situ, lagi 20,000 IDR lesap. Tapi, sumpah berbaloi sebab korang akan dapat 4 keping gambar soft copy, masuk direct ke dalam phone korang tu. Senang kan? Terus boleh post kat Instagram. Mesti dapat banyak like because quality of the photos is f*cking nice !! Heeeee... Lagi satu, meh aku bagi kat korang comparison between photos captured by their camera and by my smartphone. Nilaikan dan renung-renungkanlah.






Ok. Dah siap bergambar2 siap melompat2 atas platform tu, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Jogja untuk aktiviti seterusnya iaitu ke bank, memandangkan duit Alif dah makin sikit. Pergi la ke ATM Maybank, sekali sampai tak boleh keluar duit. Rupanya2 si Alif ni tak activatekan debit card dia tu. Ok. Next time, kalau nak gi oversea tu, jangan lupa untuk activate kan kad anda ya. Kalau tak, memang menangis tak berlagu la time nak keluarkan duit tu. Oh. lagi satu, nak lari topik jap, jangan lupa untuk beli travel adapter ya sebab plug point kat sana tak sama dengan kat Malaysia. jadi, sebelum pergi vacation to Jogja, kena beli tau....

Since tak boleh nak keluarkan duit, Alif terpaksa la pinjam duit dengan aku. Aku memang spare sikit duit RM, sebab nanti bila sampai KL, tak perlu pergi ATM, boleh guna duit untuk naik ERL. So, dapat la tukar duit sebanyak 252,000 IDR, bersamaan dalam RM80.

Lepas, tukar duit tu, pergi singgah beli Bakpia. Aku beli perisa chocolate to my colleagues. Dah siap beli tu, supir bawa kami ke Taman Sari Water Castle. Kat sini, tempatnya macam istana lama2, zaman Kesultanan Yogyakarta. Dalam tempat ni pun, ada rumah2 masyarakat Jogja. Kat situ juga, ada 3 newlyweds yang bergambar kat situ. Entrance fee cuma 15,000 IDR. Masa kat sini, akan ada travel guide yang cuba menarik perhatian kalian. Diorang akan explain in English about the castle itself. Sampai je kat hujung istana ni, diorang nak payment sebanyak 25,000 IDR each. Melampau kan?? Jadi, jika ada siapa2 yang try approach korang tu, better decline cepat2 because they will take advantage to us. Ngerti??








Dah siap visit castle ni, rasa lapar la pulak. Teringat pulak masa 1st day tu, aku obses sangat dengan Warong SS. Apa lagi, Pak Arjun bawak aku balik ke kedai tu. Dapat makan Bebek dan Terung Goreng lagi. Sedap !!!



Dah siap2 makan, tiba la masanya untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. Vacation dah habis nokkkk.. nak cuti lagi. Boleh tak?? Bawa daku kembali ke Jogjakarta !!! Dia punya rindu tu sampai sekarang masih menebal di hati ini. Hurmmm... ok2. Sebelum balik, kami ingin berterima kasih kepada Pak Arjun dan Enjoy Your Holiday Yogyakarta. Kepada sesiapa yang berminat untuk ke Jogja, boleh la guna pakej yang disediakan oleh Enjoy Your Holiday Jogjakarta ni. Sangat berbaloi. Meh PM nombor through whatsapp at +62 822-4247-7252.



Tq Pak Arjun dan Enjoy Holiday di atas servisnya.
Ok. Itu sahaja la dari saya untuk kali ini. 4 bahagian kau. Cerita pasal Jogja je kan. Next time, kalau aku pergi vacation, I will share with you all yea. Thanks for reading. Much love. XOXO. Bye !!

Trip to Yogyakarta (Part 3)

Assalamualaikum semua.

Sudah 2 hari berkampung di Yogyakarta, ayuh kita sambung dengan aktivitti yang lebih menarik perhatian korang.

DAY 3


Macam biasa laa, trip bermula pada jam 7 pagi. Agak pelik gak la start trip pukul 7 pagi sebab dekat Malaysia, biasanya kita baru je habis sembahyang Subuh n sambung tidur balik... hahahaha. Tapi kat sana, pukul 5 pagi je dah nampak matahari tau..


Perjalanan dimulai ke Pantai Timang. Kat sini, yang famous nya adalah gondola dan pantai yang cantik. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 2 jam setengah. Mak aih, jauh nau... Dah la jauh, berbukit pulak tu. Pening kepala weyh. Mujur tak termuntah.

Kami tiba di sana pada jam 9.30 pagi. Driver ada bagitahu kami yang sehari sebelumnya, pantai timang ni ditutup sebab hujan lebat. Ok. Sampai je kat sana, kami order lobster dulu. So, bila balik dari Timang, terus boleh lunch. Nyum nyum nyum. Biasanya harga lobster ni mahal nak mampus. Mencecah ratusan Ringgit. Namun kat sini, sangat murah harganya tau. Harga untuk 3 orang makan hanya 550,000 IDR (RM165.50). Sampai je kat sana, terus tengok jenis2 lobster yang kami nak makan tu. Lepas booking tu, owner kedai kasi aku pegang lobster. Mula2 tu agak cuak la sebab takut kena sengat !! Tapi aku berjaya kawal keberanian aku tu..



Dah siap booking lobster, kami naik jeep ke Pantai Timang. Kat sini ada 2 option kalau nak pergi sana, sama ada nak naik jeep atau ojek (motor). Kalau naik jeep, harganya 350,000 IDR. Kalau naik ojek, cuma 50,000 IDR. Time tu, kitorang naik jeep. Jalan ke sana amat laa, berbatu bata. Boleh sakit buntut weyh. Hampir 20 minit dalam jeep tu, sampai juga kami ke Pantai Timang tu. Subhanallah. Panorama dekat sana sangat cantik. Cuma yang spoilnya air sangat keruh sebab Jogjakatrta dilanda hujan lebat. Lagipun, semalam Pantai Timang ditutup sebab hujan. Alhamdulillah dapat pergi ke Pantai Timang sebab kalau pergi semalam, memang kena patah balik laa. Dah la nak ke sana, sudah memakan masa sebanyak 2 jam setengah. Fuhhh... Macam biasa laa. Bergambar bagai nak rak. Ok. Tiba masanya untuk kami naik Gondola. Ya la. Lee Kwang Soo dari Running Man pun naik gondola tu tau. Harga untuk naik gondola tu adalah 200,000 IDR dan jambatan tu adalah sebanyak 100,000 IDR. Harus diingat, kalau nak naik gondola, balik pun kena naik gondola. Sama dengan jambatan.

Untuk pengetahuan anda, gondola tu ada 6 roda. 4 roda di bawah dan 2 roda di atas. Gondola tu memang tak ada safety measure. Contohnya, kitorang tak pakai safety jacket pun. Memang terbaik.. hahaha. Masa naik tu tak de la takut sangat, bila dah nak sampai tu ada la rasa cuak, sebab diorang guna tenaga manusia je tau utk carry ke seberang sana. Mak aih. Sampai ke seberang sana jugak, kami bergambar bagai nak rak. Posing pun kena la mengancam...







Ok. Done. Dah penat bergambar, masa untuk lunch. Nyum nyum nyum, sampai je kat kedai lobster tu, diorang terus serve lobster dengan cumi (sotong) goreng, tempe macak kicap, lobster cheese, lobster masak cili dengan sambal yang padu amat !! Sedap tak terkata.


Ok. Dah siap makan, terus driver kami bawa menuju ke Jurang Tembelan. Harga masuk ke sana cuma 8,000 IDR (RM2.50) Kat situ ada banyak spot yang boleh bergambar, kat situ yang famous sekali adalah gambar perahu yang berdiri kukuh, hanya dengan 2 batang buluh di bawahnya. Aummm,, ngeri siakkk..






Lepas visit Jurang Tembelan ni, kami ke Hutan Pinus. Namun, setibanya kami di sana, hutan itu ditutup sebab banyak pokok tumbang. Sedih lagi. Raut wajah ku mula menggambarkan perasaan sedih yang amat. Pak Arjun sedar akan hal ini, lalu memberitahu kepadaku "Jangan pernah serik untuk datang ke Jogja lagi ya bang Syauqi". Ok. Fine.

Afterwards, our journey continues to Gumuk Pasir and Parangtritis Beach. First, we arrived at Gumuk Pasir. There, we can play sand dunes. Somehow, due to rain, the condition of sand is not suitable to play. Disappointment continues again. We just manage to take picture of playing cradle.




Then, we went to Parangtritis Beach. There, the atmosphere is very dull as Yogyakarta was currently in the state of emergency due to massive flood. We can't do anything much as there is no electricity, crowds also can't be seen. Hurrmmm.. bit gloomy I guess. State of despair comes again as Pak Arjun quickly noticed based on my face expression. "Jangan serik lagi untuk datang ke Jogja ya". Again. Pak Arjun said it out for second time. Ok.


Around 5.45 p.m., it is time for us to go back to hotel in order to get some rest before going to Malioboro Street for another round of window shopping. Ok. Dalam pukul 8 malam, kami bergerak ke Jalan Malioboro, masuk ke dalam Malioboro Mall. Masa nak dinner tu, ada terfikir gak, nak makan tempat yang bersih as previously, we have been lied with low quality of dinner, thanks to our first night dinner. Ok. Kita nampak Pizza Hut. Apalagi, melantak la kami kat sana.



Harga seorang makan kat sana cuma 38,000 IDR (RM11.40). Consist of a main dish, appetizer and drinks. Ok la. Compared dengan Pizza Hut Malaysia, sorang makan je dah nak dekat RM20.00. Lepas makan, terus balik hotel, get another round of rest, because tomorrow will be our last day at Yogyakarta. Hurrmmm.. sedih la sebab esok dah nak kena balik Malaysia.

Alright guys, stay tuned for my last part (Part 4) at Yogyakarta very soon. So long for now. Bye.

Trip to Yogyakarta (Part 2)

Assalamualaikum everybody.

Now, I would like to continue on my second day while at Yogyakarta. Masuk je hari kedua ni, kami makin bersemangat untuk meneruskan aktiviti pada hari ini. Sebelum bertolak, meh abang payung gambar breakfast pagi iaitu :-

Surprise !!! 
DAY 2

Around 7 a.m., our driver pick us up. From there, we continue our journey to Merapi Mountain. Once arrived, we took jeep service as Merapi condition is surrounded with rocky roads. Masa naik jeep tu bergoyang2 la jugak badan tu. Excited dia lain macam weyh. First thing first, we go to Merapi Museum where lots of home appliances are displayed, portraying how volcanoes can affect your house. Sedih sangat bila tengok kesan2 gempa bumi ni. Tahukah anda, kali terakhir Gunung Merapi ini meletus pada 5 November 2010. Kesannya dapat dirasai sehingga dalam radius 30 km, masih ada kesan2 debu pada tempat tersebut. Dahsyat.



Barang2 peralatan musnah dek gempa bumi.


Ok. Lepas melawat muzium, kami dibawa ke tempat2 yang sesuai untuk bergambar iaitu Batu Alien dan Bangker Kaliadem. Basically tempat2 kat sini digunakan untuk bergambar, berlatar belakangkan Gunung Merapi. Namun apakan daya, hujan lebat sangat, sampai tak sampai Merapi. Sedih...


Selfie dengan Batu Alien tapi tak nampak muka manusia pun.

Habis je pusing Merapi tu, kami diberikan air Teh Botol.. air paling famous di Indonesia. Ingatkan air teh ni lain sikit dengan yang lain, sekali minum sama je dengan air teh kat Malaysia. Dah habis minum Teh Botol, kami meneruskan perjalanan kami ke Candi Borobodour. Jika untuk Candi Prambanan dan Candi Ijo untuk agama Hindu, Borobodour tu pulak untuk agama Buddha. Biasanya bila tiba Hari Wesak, penganut agama Buddha akan berkumpul di Borobodour untuk bersembahyang, sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan. Lagi satu perbezaan antara candi Hindu dan Buddha iaitu candi Hindu mempunyai menara yang tinggi dan corak bangunan yang tidak begitu kompleks, berbanding dengan candi Buddha yang lebih panjang dan ukiran yang lebih mendalam.




Dah habis pusing Borobodour, apa lagi meh la kita shopping kat Borobodour. FYI, prices near Borobodour is much cheaper than Malioboro. Whenever you reach any shops near Borobodour, you need to ask the price first. If you feel unsatisfied with the price, leave it out. Trust me, the owner will chase you and give cheaper price as per requested. Unlike Malioboro, you can't negotiate that much.
Buktinya, aku berhasil membelikan 2 dompet yang bernilai 20,000 IDR, 2 woven bag yang bernilai 30,000 IDR dan 3 ketul fridge magnet yang bernilai 30,000 IDR. Murah giller weyh. Aku recommend you guys untuk shopping secara pukal di Borobodour ya.

According to our plan, next stop is Kalibiru. However, time constrain is the main factor during that time, dengan tak lunch lagi, dek sibuk shopping kat Borobodour. Lagipun Kalibiru tutup pukul 4.00 petang. Otw balik tu, kami makan kat Restoran Padang, Rumah Makan Uni Yani, berdekatan Borobodour. Sampai je kat sana, kami request semua makanan Padang yang mereka sajikan. Sekali hantar, hambik kau !!!


The best thing about Padang Restaurant is that they will serve all foods in the table. They will pay on which food that we consume only. Sounds great isn't it?? Ok. Harga untuk 3 orang makan is 144,000 IDR, equivalent to RM44.

Ok. Takkan la pukul 4 dah nak kena balik hotel. Memang tak syok la kan. Sebelum aku ke Jogja ni pun, aku ada buat research sikit pasal Gereja Ayam. Aku pun teringin ke sana bila baca blog orang lain. Lepas makan tu, aku terus tanya supir, Gereja Ayam tu dekat tak dengan Candi Borobodour?? Dia bagitau dekat je, dalam 15 minit. Ok. Cun. Apalagi, terus aku nak pergi sana. Maklum la tak dapat pergi Kalibiru. Lagipun masa nak pergi Gereja Ayam tu, driver ada bagitau yang Kalibiru ditutup sebab hujan lebat. Fuhhh.. keputusan yang sangat tepat untuk tidak pergi ke sana. Kalau tak, menyesal tak sudah.

Sampai je kat Gereja Ayam (Bukit Rhema), kami menaiki jeep sebab jalan ke tempat itu sangat la curam. Kereta Avanza milik driver kami pun tak lepas. Entrance fee for Gereja Ayam is 30,000 IDR (RM 9.00) and jeep service is 14,000 IDR (RM4.20), pergi balik. Ok la kan.

Dekat Gereja Ayam tu, ada tempat sembahyang untuk Muslim dan Kristian. Mereka tidak ingin berlakunya ketidaksefahaman hanya disebabkan berlainan agama. Selain itu, tempat itu juga merupakan tempat pembikinan filem untuk Ada Apa Dengan Cinta 2. Makanan tradisional turut disediakan secara percuma tetapi kami tak makan sebab kenyang dengan Masakan Padang tadi.Di Gereja Ayam ni, kalau naik ke puncak, boleh dapat tengok view Candi Borobodour sekali tau.





Ok. Gereja Ayam pun dah nak tutup ni since diorang tutup pukul 5 petang. Beredarlah kami dari Gereja Ayam. Tak sia2 aku gamble ke sini sebab according to package yang kami tempah, tempat ni tak masuk pun dalam list. Hahhaha, ok, lepas tu, kami minta tolong dengan driver untuk pergi ke pasar raya sebab baju, seluar dan kasut kami sudah lencun bak hang. Basah. Tak selesa langsung. Pergi la beli sabun buku, dengan payung. Maklum la, kami datang pada musim hujan. Seharian hujan di Jogjakarta. Lepas beli2, supir tanya nak makan Bakpia atau tak? Aku cakap why not. Terus dia bawa kami ke Bakpia Pathok 25. Harganya cuma 35,000 IDR. Bakpia ni bentuknya macam nugget tau. Comel sangat. Bakpia ni merupakan makanan masyarakat Jogja yang menggunakan roti dan disaluti dengan inti kacang hijau. Ni yang original punya. Tapi ada juga premium taste like durian, chocolate dan kacang merah. Harganya mahal sikit la, cuma 45,000 IDR.


Surprisingly, malam tu kami langsung tak keluar sebab penat sangat. Kami banyak menghabiskan masa pada malam tersebut dengan menonton televisyen. Hurmmmm... Ok la. Berehat untuk aktiviti keesokan harinya. Ok. Stay tuned for part 3 yea. Letih aku nok duk menaip ni. Ok. Bye..

Wednesday, 20 December 2017

Trip to Yogyakarta (Part 1)

Assalamualaikum semua.

Lama sangat2 dah tak post ni. Makin lama makin berhabuk. Maklum la sekarang ni aku dah bekerja tau. Once habis degree, currently I'm working at AEON CO. (M) BHD. under Mall Operations, holding title Promotion Supervisor. Working since February 2016. Lagi 2 bulan, genap 2 tahun aku bekerja. Alhamdulillah, murah rezeki bila bekerja ni tapi macam biasa la, penat yang amat !!!!

Ok. Post aku kali mainly not about my work yea, it is about my trip recently to Yogyakarta last month from 27th to 30th November 2017.

Trip ni starts to clutter within my mind when so many Malaysians put their experience while they went there. They post it out on social media with attractive pictures and detailed clarification. Afterwards, terus fikir nak pergi sana. Tapi time tu tak de geng. Then, aku call friend aku ni, Alif Farhan. Aku tanya dia either he wanna join or not. Apa yang pasti, dia tak pernah keluar dari Malaysia. Dah tanya dia, terus dia agree to join.

Apa lagi, start la searching flights. Flights available to Yogyakarta from Kuala Lumpur is only Airasia. At the same time, aku pun beli hotel sekali. Ya la, tak kan la bila kau sampai sana, nak merempat kat tepi jalan weyh !! Hahahahaha. Aku guna apps Airasia Go. For hotels, aku pilih area Malioboro sebab area ni tengah bandar tau. Boleh shopping malam2. Aku ni kaki shopping tau. Lepas duk beli hotel + flight, ada la dalam RM600 sorang. Ok dah siap book, sekarang tinggal masa nak pergi sana je.

DAY 1

Ok. Kitorang bergerak dari rumah pukul 6 pagi. Naik LRT dari stesen Cempaka, turun ke stesen Bandar Tasik Selatan. Lepas tu, ambik tiket ke Putrajaya dengan harga RM8.00. Sampai je kat Putrajaya, kitorang beli lagi sekali tiket dari Putrajaya ke KLIA2 dengan harga RM9.40. Cara ini lagi jimat la sebab kalau beli direct dari TBS ke KLIA2, harganya RM37.40. Agak mahal la, cumanya lagi cepat sampai laa.


Akhirnya, sampai jugak ke KLIA pada jam 7.45 pagi. Still ada masa untuk breakfast, sampai je kat sana, Alif nak breakfast kat McD. Aku pun ikutkan je la. Yang asti, aku xde selera nak makan sebab terlalu excited untuk ke sana. Hahahahaha.

Lepas makan tu, terus pergi check in. Aku risau je tengok berat beg si Alif ni. Ya la, first time pergi vacation kan. Sekali timbang, berat beg dia adalah sebanyak 8 kg. My God !!! Aku dah warn dia sebelum ni. But then, he has to prepare some money if get caught. Berat beg aku pulak cuma 3.45 kg. Dalam beg tu, ada 4 helai baju, 3 helai seluar, 1 selipar dan 1 helai sweater. Selamat !!

Then, dah tiba masa untuk naik flight. Kitorang berlepas pada jam 9.40 pagi dan sampai di sana pada jam 11.15 pagi. Sampai je kat sana, aku dengar azan Zohor. Awal nau... Sampai je kat airport, terus ada supir yang kitorang dah booking since August. Nama dia Pak Arjun. Very nice person. Always smiling. I loike it very much.

Then, aku dengan Alif nak beli SIM card sebab nak buat live insta story katanya. Pak Arjun pun bawak la kitorang ke kedai telefon. Sampai je kat sana, kitorang nak unlimited Internet. Salesgirl pun bagi pakej 30GB under SimPATI dengan hanya 110,000 IDR, bersamaan RM32. Murah kan??Apa lagi kitorang beli laa.

Lepas beli SIM Card, aku pun bagitau Pak Arjun yang kitorang sangat lapar. Apa lagi, Pak Arjun pun bawak kitorang pergi makan Warong Spesial Sambal SS Pedas Abis. Sampai kat sana, aku order Nasi Putih, Terung Goreng, Sambal Teri, Bebek (Itik) Peha Bakar dengan Jus Mangga. Dah siap2 makan, kitorang belanja supir sekali. Harga utntuk 3 orang makan hanya 71,000 IDR, bersamaan RM21.00. Murah !!! Gambarnya pulak xde sebab syok sangat duk makan sampai lupa nak tangkap.

Ok la. Lepas makan, terus supir kiotrang bawak ke destinasi pertama iaitu, Candi Prambanan. Harga masuk untuk foreigner adalah sebanyak 337,500 IDR, bersamaan RM101.00. Mahal nau. Tapi kalau korang ada student card, harga lagi murah laa.

Entrance Fee to Prambanan Temple
Masuk je ke dalam Prambanan, ada air free. Boleh pilih sama ada nak minum kopi atau teh. Lepas tu, boleh la pusing2 dalam temple tu, bergambar dengan kuil. Selain daripada itu, ada jugak servis jeep dan basikal. Harganya adalah sebanyak 10,000 IDR sahaja, atau RM3.00 sahaja. Servis memanah turut disediakan. Harganya 20,000 IDR untuk 12 panahan.








Dah siap bergambar dekat Prambanan tu, kami dibawa ke Tebing Breksi dan Candi Ijo. Semasa ke sana, jalannya sangat curam, kalau bawa naik skuter ni, boleh mampus agaknya.. hahaha. Dekat Tebing Breksi ni tempatnya cuma ada structure berbatu bata. Kita kena mendaki sedikit la sebelum sampai ke puncak tu. Meh abang payung sikit gambar masa ada kat sana. Kat sini, tiada bayaran dikenakan. Percuma sahaja.





Ok. Dah penat bergambar kat Tebing Breksi, perjalanan diteruskan ke Candi Ijo. Hanya 10 minit dari Tebing Breksi. Tahukah anda, Candi Prambanan dengan Candi Ijo merupakan candi bagi agama Hindu. Jadi, kadang2 ada la pendeta2 dari Bali datang ke candi ini untuk sembahyang. Harga masuk ke Candi Ijo ni murah je, 10,000 IDR.





Dah penat2 berjalan, tepat pukul 4 petang, kitorang gerak balik ke hotel untuk check in. Kami menginap di Hotel Mataram Malioboro. Hotel ni betul2 terletak di hadapan Stesen Keretaapi Jogjakarta. Setibanya di sana, kami berhasil mendapatkan bilik, terima kasih kepada Airasia Go sebab dah tempahkan bilik untuk kami. Aku agak terkejut melihat room rate for this hotel. Very surprising. Because I only pay around RM100 for 3 nights. While room rate per night is more than that amount. Therefore, it is adivisable for you to book up hotel early via Airasia Go. Much cheaper than this. Enclosed herewith is the room rate for your kind perusal.


Ok. Terus masuk bilik, berguling2 atas katil, tengok TV cerita D'Academy Asia kat Indosiar. Yang pasti ada Mas Idayu sebagai judge. Ada nampak mummy happy??? Hahhahaha. Yang penting cerita itu ada pada hari Isnin sampai Jumaat bermula pada jam 7.30 sampai 11.30 malam. Penat nak tengok bai. Drama memang lebih weyh.

Around 8.30 p.m. we are getting bored watching D'Academy Asia. Thus, Alif and I have decided to walk around Malioboro Street for window shopping. Afterwards, we went to Malioboro Mall. Kat situ, ada JCo, McD, Starbucks, KFC, Giordano and brand2 yang famous la jugak kat Malaysia ni.

Lepas tu, kitorang nampak ada kedai makan bersila kat situ, kitorang try la makan kat situ. Aku makan ikan nila masak kicap and si Alif ni order ayam bandar. Ayam bandar kat Jogja ni memang kurus. Isinya sikit sangat. Then, kami order udang. Condition of shrimp itself is very disappointing. Sedih. Not fresh at all. Habis je makan, kami nak bayar. Harga makan untk 2 orang je kat situ adalah sebanyak 101,000 IDR, bersamaan RM30.00. Macam yang saya ceritakan tadi, masa makan kat warung SS, harga makan untuk 3 orang adalah sebanyak 71,000 IDR. Lagi murah, lagi segar dan lagi sedap. Therefore, I would like to recommend all of you to not eat there. Buktinya, keesokan harinya, kami tanya supir tu ok tak makan kat situ. Rupa2nya, supir tu bagitahu yang dia pun tak galakkan kami makan kat situ sebab diorang suka ambil kesempatan kepada para pelancong. Nah, aku kasi share sikit gambar dinner kami.


Kemudiannya, kami bertolak balik dan sambung tengok cerita D'Academy Asia tu. Hurmmm... ok la. Tamat sudah entry saya pada kali ini. To all my followers, jangan risau ya sebab blog ni saya akan ceraikan kepada beberapa bahagian untuk rujukan kalian semua. Thank you for lending your eyes by reading my blog. So long.