Friday, 28 August 2015

Trip to Krabi (Part 3)

Assalamualaikum everybody !!

Lama beta x menaip kat sini. Makin lama makin berhabuk. But don't worry guys cause now, I'm back!!!

Sebab utama mengapa saya kembali disini adalah untuk melengkapkan travelog yang masih x siap. baru siap 2 part, ada lagi satu ni hah.. maklum la, duk siapkan thesis and internship. Sekarang ni baru laa free sikit nak post. Minta maaf sgt2 kpd semua followers yer.. hihi (rasa famous pulak).

Ok laa, cukup dgn bebelannya. Ayuh, kita sambung perjalanan untuuk hari ketiga di Krabi.

Macam biasa laa, bangun awal pagi dan makan pagi. Sepanjang kitorang ekat Krabi ni, kitorang just makan breakfast dekat kedai serbaneka je. Sebab nya harga makanan sangat laa murah. Cakap je xde guna jugak. Nah, nak tunjuk sikit gambar tu cmne makanan breakfast tu.

Seperti yang korang dapat lihat, ada dua jenis nasi iaitu nasi goreng udang dengan nasi goreng telur mata. Kedua-duanya berharga 35 baht atau RM3.50. Dahlah murah, halal pulak tu. lagi satu tips aku nak bgtau korang ni iaitu korang jangan risau untuk beli makanan dekat 7 Eleven ataupun dekat Family Mart. Kat sini ada banyak makanan dengan logo halal yang diiktiraf oleh Islamic Association of Thailand. Jangan risau. Air kotak milo pun murah. Just RM1.30. Perghhh.. Tak nak pergi krabi ke kalau harga cmni?? hehehhe..

Ok. dah siap makan, apalgi, kita teruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu melawat Hot Stream, Emerald Pool dan juga Taman Gajah !!! Whooottttt...

First of all, we went to Hot Stream Waterfall. Masuk2 je kat situ, ada satu kolam air panas di mana kita terus rendam kaki kat situ. Ya Allah.. rasa air tu agak panas laa, tahan je laa..


Lepas duk rendam selama 20 minit, kami pun gerak lagi ke dalam, kat situ, ada waterfall. Dekat area tu, lagi ramai tourist yang berendam. Kat situ boleh laa nak mandi manda. Tapi aku tak mandi pun sebab ramai sangat orang. Rimas !! hahhaha..

Tapi air dekat sini lagi panas daripada dekat kolam tadi tu.. Kitorang pusing2 kat situ sambil main air dengan kawan2. Then, kitorang beralih pula ke Emerald Pool. Dekat sini, ada dua tempat tarikan utama iaitu Emerald Pool dan Blue Pool.

Emerald Pool merupakan sebuah kolam yang sangat jernih, Airnya yang cantik dan biru memukau setiap pengunjung yang tiba di sini. Kalau dah sampai tu, mesti korang nak ambik gambar kolam tu. Sebab apa? Tengok laa gambar ni.

Subhanallah. Terpesona dengan kecantikan kolam ni. Bila dah nampak kolam ni depan mata, apalagi, terjun la kita ke dalam kolam ni. Airnya sangat sejuk dan nyaman. Inilah ketenangan yang dapat diperolehi.

Dah habis mandi, ada agi satu tempat yang perlu aku lawati iaitu Blue Pool. Perjalanan sejauh 3.6 km dari pintu utama mungkin melemahkan semangat anda untuk ke sana sebab perjalanan yang jauh tapi percayalah bila anda sampai ke Blue Pool, pasti anda takkan menyesal. Kenapa???

Ya Allah. Sungguh indah ciptaan-Mu. Kolam ni tak boleh mandi sebab tanah jerlus. Jalan dekat tepi kolam ni pun dah rasa macam nak kena tembus ke dalam tanah. But, it is a good experience to see all these natural beauties, created by Allah s.w.t.

Ok. Dah penat berjalan, tiba lah masa untuk lunch !! Menu yang disediakan oleh pihak urusetia ialah nasi dengan thai green curry, sayur campur dan ikan masak merah. Perghhh.. tom yam dia memang kaw2 laa. Pedas dan sedap sehingga menjilat jari.

After that, we went to Elephant Kingdom which located half an hour from Ao Nang. There, we experienced a ride with elephant crossing the jungle and the pool. Peluang untuk naik gajah ni bukan senang. Kat Malaysia, susah sikit nak cari tapi kalau dekat Thailand, amatlah mudah untuk mencarinya. Maklum laa, Thailand dan gajah tak boleh dipisahkan.
Dah puas naik gajah, kitorang pun balik laa ke hotel. Sampai je hotel, kitorang penat gillerrr222 and aku tertidur sampai malam (sempat sembahyang ok !!). Dah terlajak tidur tu, nak buat camne kan, penat sangat duk naik gajah, jalan jauh ke emerald pool dan blue pool dan juga menikmati hot stream waterfall..

Keesokan harinya, kitorang berkemas untuk check-out hotel. Pagi2 lagi dah checkout sebab kita kena sampai awal dekat airport. Takut2 ada schedule change dekat flight tu and expect the unexpected. Bila dah sampai airport tu, kitorang pun naik la flight and went back to my beloved hometown, Malaysia.

In conclusion, tamat laa sudah travelog saya di Krabi. Saya berharap agar korang semua enjoy dengan entri saya yang tak seberapa ni.. hehe..

Jumpa lagi di post yang akan datang (tu pun kalau rajin laa !!) Bye !!!

Tuesday, 10 February 2015

Trip to Krabi (Part 2)

Assalamualaikum everybody.. Feel blessed to post my second part of my vacation to Krabi Thailand.

Ok. Macam biasa laa, bangun awal pagi sebab hari ni nak pergi Hong Island. Mesti korang semua pelik kenapa kitorang tak pergi Chicken Island, Poda Island, Phi Phi Island dan seangkatan dengannya. Sebabnya kitorang tak nak pergi island yang terlalu cliche. Orang selalu pergi pulau2 ni kan kalau sampai dekat Krabi ni. Lagi satu, Hong Island ni agak jauh compared to the other islands. Jadi kitorang pilih yang orang lain x ambik. Meskipun ada jugak rasa nak pergi pulau2 lain. Next time jela.. haha.

Kami bergerak pada pukul 9 pagi. Kami ke sana dengan menaiki long-tail boat. Harganya pun lagi murah berbanding naik speedboat. Tapi of course laa, naik speedboat lagi cepat sampai.

Firstly, our travel guide, Mr.Yan took us to Daeng Island. Dekat pulau ni, kitorang pergi snorkeling. Boleh tengok ikan2 yang sangat cantik. Mula2, aku berhadapan dengan cabaran yang amat sukar sebab actually, this is my very FIRST time to join for snorkeling. Agak takut laa bila nak turun, tapi kawan2 aku bagi sokongan dan dorongan. Lagi satu aku fikir, rugi sangat2 kalau aku tak turun since aku dah bayar mahal2 untuk datang sini tapi tak nak snorkeling.

Daeng Island
Lepas tu, kitorang pergi ke Lading Island. Dekat sini, kitorang jalan2 di sekitar pulau ni, makan tengah hari dan pergi snorkeling. Pulau di sini agak cantik laa, tapi kitorang tertunggu2 di manakah Hong Island.

Lading Island
Makanan tengah hari. Yang penting, nenas paling perghhhh!!!
After that, kitorang pun pergi la ke Hong Island. Hong tu dalam BM bermaksud bilik or we called it room in English. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Hong Lagoon dan Hong Beach. Untuk Hong Lagoon tu, air dia sangat cantik dan kita boleh berjalan2 sambil menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah.

On the way to Hong Lagoon.
Lepas berjimba dekat Hong Island ni, akhirnya kitorang sampai dekat pulau terakhir yang bernama Koh Phak Bia. Pulau ni terkenal dengan orang putih yang sedang tanning. Lagi satu, ada sculpture ala2 mushroom dekat pulau ni. Tak percaya? Nah, aku bagi sebijik gambar dekat korang.

Cendawan di Koh Phak Bia.
Dekat sini, macam biasa laa, kitorang pergi berenang, berjalan2 tak tentu arah.. haha. Sebab dah banyak pulau kan pergi. Tapi bila tengok pemandangan kat sini, hilang rasa tertekan dengan masalah2 yang melanda diri ini.. haha..

Sedar tak sedar dah pukul 3.30 petang. Apalagi, masa untuk pulang. Lama la jugak nak sampai Ao Nang. Sejam kemudian baru laa sampai kat sana. What a breathtaking scenery. Next time, nak pergi Island lain pulak. Kena kumpul duit laa dari sekarang.

Sampai je dekat hotel, tetiba rasa lapar bangat. Apa lagi, melantak la kitorang. Penat sangat duk main air kan. Nah kau gambar untuk dinner kitorang.

Dinner???
Habis je makan2, kitorang pun mandi2 dan bersiap untuk keluar. Keluar untuk beli barang2 dan usha awek sikit boh!! haha. Biasa laa, jalan2 mesti ada awek2 thai, tak pun mak nyah duk promote show diorang tu. Aku biarkan saja la kan. May Allah bless them.. haha..

After that, tetibe jer kitorang sampai dekat deretan gerai yang menjual makanan Thai. Yang pastinya, harga yang amat murah, compared to restaurant. Seperti apa yang saya explain, jangan makan dekat restaurant yang kelihatan too fancy. Lain laa, kalau kau ada banyak duit kan?

Sampai je kat sana, aku terus cari kedai Yaminlah. Hal ini kerana, before aku pergi Krabi, aku bukak laa beberapa blog yang cerita pasal kedai ni. Mostly, diorang cakap yang pancake dekat sini is the best pancake of Ao Nang. Apa lagi, aku order la pancake banana+nutella yang berharga 40 baht or RM4 only babe !!! Murah gillerrzzz kau.


Habis je makan pancake ni, kitorang pun balik la ke bilik n get some rest for tomorrow's activity. Nak tahu? Stay tuned for my third part of my vacation (probably last kot).

That's all for now folks, Thank you for lending your time to read my blog. So long.

Monday, 2 February 2015

Trip to Krabi (Part 1).

Assalamualaikum everybody..

Dah lama beta tak post blog ni. Makin lama makin berhabuk aku tengok ni hah..

Ok, Btw, aku ada benda nak bagitau dekat korang semua yang aku dah nak habis belajar degree dah ni. Tinggal satu sem je lagi nak habiskan my degree year. Just can't wait to face working field even though people say that studying is better than working.

Now, I would like to emphasize on my vacation to Krabi Thailand. Actually, this is my first time to go there. I went there with my 4 girls. So crazy right since I am the only guy to join this vacation.

I went there for four days from 27th-30th January 2015. Baru lagi kot. But the main point that I would like to stress is that this place is so amazing with its breathtaking scenery and amazing people with lots of smiles. Smiles is everywhere. That's why Thailand is called as land of smiles.

Aku pergi ke sana naik flight AirAsia. Actually, aku x beli penginapan since aku join diorang sebulan sebelum ke Krabi. So, aku plan nak walk-in je lah untuk penginapan tu. Aku naik flight dari KLIA2 pukul 7.15 pagi dan sampai di sana pada pukul 7.30 pagi waktu Thai. Perjalanan KL-Krabi mengambil masa sebanyak 1 jam 15 minit je. Dekat pun dekat.

Lepas tu, kitorang naik minivan dari airport ke Ao Nang. Kami memilih pantai Ao Nang instead of going to Krabi Town because Ao Nang is a beach wit full of tourist attractions. Kalau pergi Krabi Town tu, dia macam just bandar kecil sahaja. Harga minivan tu adalah sebanyak 750 baht atau RM75. Since kitorang naik 5 orang, so each of us spend 150 baht or RM15. Ada jugak option lain iaitu bas. Harga sama je, 150 baht tapi lambat laa sampai sebab nak kena tunggu orang penuh and banyak berhenti.

Sampai je kat Ao nang tu, kitorang terus cari penginapan yang vogue gitu. Cari punya cari punya cari, akhirnya aku dapat jugak sebuah bilik standard. Nama hotel tu Lanna Beach GuestHouse. Harga yang sangat murah iaitu 800 baht per night atau RM80 semalam. Aku recommendkan dekat korang untuk pergi ramai2. Confirm jimat.

Lanna Beach GuestHouse. 
Dah dapat penginapan. Settle satu hal. Lepas tu apa lagi, keluar laa kita. Keluar mencari travel agency di ao nang dan tanya pasal pakej2 yang disediakan. Nasihat aku utk korg semua pilih travel agency yang menawarkan harga yang murah. Jangan sampai dekat satu je agency, terus beli. Nanti menyesal x berlagu tau.

Nak survey tu mestilah kne makan kan? So, kitorang pergi laa lunch. Aku order pad thai shrimp dgn nescafe ice. Nah aku bagi gambar pad thai shrimp. Biar korang terliur tengok.. huahhahahaha.. Total lunch aku adalah 140 baht atau RM14. Mahal laa jugakk.



Akhirnya setelah pusing punya pusing, dapat laa jugak harga yang murah. Kami beli pakej Hong Island long tail boat yang berharga 700 baht for full day. And for second pakej, kitorang beli pakej hot stream waterfall, emerald pool n elephant trekking which costs 900 baht. So, total perbelanjaan untuk dua2 pakej ini adalah sebanyak 1600 baht or RM160 for 2 days. The good thing about this package is that ada tour guide yang boleh cakap English, tunggu je dekat lobby, diorang akan tolong ambilkan kita ke sana, insurans n lunch is provided. So, banyak keistimewaan yang dapat diperolehi bila beli pakej ni.

Bila dah duduk survey2 ni, malam pun tiba. Kitorang rasa lapar sangat2. Kitorang pergi laa dinner yang berdekatan. Lagi satu nak pesan, kalau korang datang Krabi untuk percutian bajet, nasihat saya ialah jangan makan dekat restoran mewah. Mahal kottt.. Nak murah? Makan je dekat gerai2 tepi jalan n cari logo halal. InsyaAllah selamat. Aku ada je gambar dinner ni tapi x boleh nak post sebab aku dah compile kan semua gambar menjadi satu. So, tunggu la untuk next post yer. Penat menulis. Hahhahaha.

Stay tuned for 2nd part. Ok? So long. Assalamualaikum.

Wednesday, 16 April 2014

Interpersonal Communication UiTM

Assalamualaikum semua...
Apa khabar korang semua??
Harap2 semua nya sihat2 blake..

Ok, hari ni nak post pasal program yang aku ambil sekarang ni...
Program yang aku ambil ini ialah...

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal dengan Kepujian

Dengar je komunikasi antarapersonal, mesti korang semua bingung kan?
Memandangkan program ni masih baru dilaksanakan,
Program ini metilah diberi pendedahan kepada orang ramai agar mereka faham dengan program ini..
Macam saya yang post ni... hehehe..

Program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan para graduan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam komunikasi, sama ada di tempat kerja atau pun menguruskan hal peribadi.

Selain itu, program ini juga mampu mengasah kepimpinan, komunikasi dalam kumpulan, dapat mengawal emosi dengan bijak, dan penyelesaian konflik dengan berkesan.

Dengan tiga tahun pengajian, para graduan dapat menyesuaikan diri dengan kerjaya berikut iaitu:

Lobbying.
Conflict communication management.
Diplomatic and strategic communication sections in private sector, government agencies and NGOs.
Political secretaries.
Public advocate.
Negotiator.

Agak luas laa jugak skop kerjaya untuk program ini memandangkan ramai perkerja Malaysia kurang dari sudut soft skills. memandangkan mereka terlalu mementingkan hard skills.

Hah, lagi satu, bahasa penghantar yang digunakan adalah dalam bahasa Inggeris. Hence, it is a chance for you to polish your English skills.

Jadi, kalau nak tahu pasal subjek yang disediakan di dalam program ini, korang boleh rujuk kepada gambar di bawah ini. Ok la, jumpa lagi dalam post akan datang. So long..




Saturday, 12 April 2014

Switzerland, Alps Country.

Assalamualaikum everyone.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan hidup yang diberi.
Actually, hampir 10 bulan aku tak post any latest updates on this blog.
Dah terlalu berhabuk.


Tujuan utama aku post blog kali ni adalah kerana aku nak post tentang sebuah negara yang tidak asing bagi masyarakat dunia which is Switzerland.
In addition, aku kena present pasal negara ni under my individual assignment for INC541, Intercultural Communication.
Btw, sorry sangat2 kalau aku ada campurkan Bahasa Melayu and English in this post because aku nak tarik attention from the countries around the world.. hehe.

Letoooppppp !!!

Ok lah, nama asal Switzerland ialah nama yang berasal dari perkataan Latin iaitu Confoederatio Helvetica, CH. Negara ini mengamalkan sistem republik berparlimen. Bern merupakan capital city untuk Switzerland.
In 1291, it falls under Holy Roman Empire and this country consists three cantons which are Schwyz, Uri and Unterwalden. Sekarang, Switzerland mempunyai 26 buah cantons.



Bendera Switzerland diambil daripada jata Canton of Schwyz. Biasanya bendera bagi orang Eropah, simbol Christianity mesti ada. Kerana mereka mengamalkan agama Kristian dalam hidup mereka. Tambahan pula, lambang salib itu melambangkan kestabilan politik Switzerland sebagai sebuah negara yang terdiri daripada 4 etnik yang berbeza which are French, German, Italian and Romansh.


Switzerland merupalan sebuah negara yang neutral di mana jika korang semua perasan, this country did not involved in First and Second World War. Sebab itu, Switzerland terkenal dengan negara yang neutral di mana negara ini tak join any alliances. For instance, European Union. Mereka join United Nations pun on 2002. Baru lagi kan? Haha.

Switzerland has four national languages which are French, German, Italian and Romansh. Apabila negara ini mempunyai 4 bahasa rasmi, tak semestinya mereka kena master semua languages ni. At least, Swiss people should be bilingual. Hal ini kerana, bahasa2 yang digunakan oleh mereka bergantung kepada kedudukan geografi yang mereka diami. French language is used on the west of Switzerland, German language is on north and central of Switzerland, while Italian language is applied on southern of Italy. For Romansh language, it is not very used by Swiss people due to the percentages who speak this language is less than 5 %.

Switzerland terkenal dengan coklat yang memang sedap. Contohnya, coklat Toblerone yang kita asyik nak beli, especially kalau pergi Langkawi kan. Korang kena tahu yang coklat tu berasal dari Switzerland. Jangan tahu nak beli je, kena tahu sejarah coklat ini juga yer....

Kalau nak pergi negara Switzerland, you must know do's and don'ts in order to avoid any conflict. Kalau dah ada kat sana tu, kita kena tolerate dengan diorang, cuba untuk bersabar, and be punctual in any business because they hate people who came late.

For don'ts, kita tak boleh cakap kuat2, especially on a cell phone. Nanti diorang rasa annoying dengan kita pulak. Jangan bagi hadiah yang mahal2 sangat, nanti diorang rasa curious dengan kita. Jangan tanya soalan peribadi macam salary, age and religion because they tend to love privacy. Jangan makan dekat luar sangat sebab mahal. Kalau korang nak tahu, Geneva dan Zurich merupakan antara bandar yang termahal di dunia, So, of course la kalau makan kat luar, banyak la duit yang mengalir... So, pandai2 la berjimat yer. Contohnya, makan Maggi???? Produktif sangat.. hehe.

So, itu je la yang beta mampu nak post... dah penat tangan2 ni. What I hope is that you guys know a little bit about Switzerland. I admit that my point is not too much but I certainly hope it helps you a bit.

Thank you everyone for spending ur time to read my blog..
So long..
Till we meet on the next post..
Assalamualaikum, bye bye bye..

Monday, 24 June 2013

Recorded Speech.

Assalamualaikum everyone..
Today, I will explain to u about  place that  I have went to, which is Malacca.

I was there for just a few hours in order to complete my assignment about recorded speech.
I, with my group mates, Sharmayn and Suraya were need to explain about Stadhuys Building which have been built by Dutch government.
Stadthuys.

This building have been used as Dutch and British administration center. Doing this assignment is a little bit challenging because we need to have enough information about this building.

After several hours, we manage to complete this assignment.
Somehow, I am pretty disappointing because we did not have enough time to go shopping.
I enjoy every seconds of life while be in there.

From left,  Sharmayn, me and Suraya.

Thursday, 30 May 2013

Keep Calm and Get Dean List.

Assalamualaikum semua.. Huh, busy betul aku ni.. Buat assignment je kan.. sampai tak ada masa nak ber"blog"ging... hehe...

Hari ini, aku nak post pasal perkataan yang menjadi bualan hangat iaitu "Keep Calm and Carry On". Hmmm.. Mesti korang semua nak tahu kan perkataan ini.. Perkataan ini digunakan oleh kerajaan British pada tahun 1939 setelah negara mereka diserang. perkataan ini juga digunakan untuk menaikkan semangat orang British untuk meneruskan kehidupan mereka walaupun mereka berada di dalam kesusahan..

Dan pada tahun 2000, perkataan ini mula menjadi "kegilaan" ramai termasuklah aku.. hehehe...
Habis tu, apa pulak kaitan cerita yang aku sampaikan ini dengan tajuk.. haha

Actually, my second semester is gonna end very soon. Hence, I am very nervous. NERVOUS to face the final exam... The only solution for this problem is Keep Calm...
Furthermore, last semester I didn't get Dean List.. That's why I really want to achieve it so bad..
Pray for me guys, Amin...

And I believe that if I keep calm, I will get dean list. KEEP CALM AND GET DEAN LIST. InsyaAllah..