Tuesday, 10 February 2015

Trip to Krabi (Part 2)

Assalamualaikum everybody.. Feel blessed to post my second part of my vacation to Krabi Thailand.

Ok. Macam biasa laa, bangun awal pagi sebab hari ni nak pergi Hong Island. Mesti korang semua pelik kenapa kitorang tak pergi Chicken Island, Poda Island, Phi Phi Island dan seangkatan dengannya. Sebabnya kitorang tak nak pergi island yang terlalu cliche. Orang selalu pergi pulau2 ni kan kalau sampai dekat Krabi ni. Lagi satu, Hong Island ni agak jauh compared to the other islands. Jadi kitorang pilih yang orang lain x ambik. Meskipun ada jugak rasa nak pergi pulau2 lain. Next time jela.. haha.

Kami bergerak pada pukul 9 pagi. Kami ke sana dengan menaiki long-tail boat. Harganya pun lagi murah berbanding naik speedboat. Tapi of course laa, naik speedboat lagi cepat sampai.

Firstly, our travel guide, Mr.Yan took us to Daeng Island. Dekat pulau ni, kitorang pergi snorkeling. Boleh tengok ikan2 yang sangat cantik. Mula2, aku berhadapan dengan cabaran yang amat sukar sebab actually, this is my very FIRST time to join for snorkeling. Agak takut laa bila nak turun, tapi kawan2 aku bagi sokongan dan dorongan. Lagi satu aku fikir, rugi sangat2 kalau aku tak turun since aku dah bayar mahal2 untuk datang sini tapi tak nak snorkeling.

Daeng Island
Lepas tu, kitorang pergi ke Lading Island. Dekat sini, kitorang jalan2 di sekitar pulau ni, makan tengah hari dan pergi snorkeling. Pulau di sini agak cantik laa, tapi kitorang tertunggu2 di manakah Hong Island.

Lading Island
Makanan tengah hari. Yang penting, nenas paling perghhhh!!!
After that, kitorang pun pergi la ke Hong Island. Hong tu dalam BM bermaksud bilik or we called it room in English. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Hong Lagoon dan Hong Beach. Untuk Hong Lagoon tu, air dia sangat cantik dan kita boleh berjalan2 sambil menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah.

On the way to Hong Lagoon.
Lepas berjimba dekat Hong Island ni, akhirnya kitorang sampai dekat pulau terakhir yang bernama Koh Phak Bia. Pulau ni terkenal dengan orang putih yang sedang tanning. Lagi satu, ada sculpture ala2 mushroom dekat pulau ni. Tak percaya? Nah, aku bagi sebijik gambar dekat korang.

Cendawan di Koh Phak Bia.
Dekat sini, macam biasa laa, kitorang pergi berenang, berjalan2 tak tentu arah.. haha. Sebab dah banyak pulau kan pergi. Tapi bila tengok pemandangan kat sini, hilang rasa tertekan dengan masalah2 yang melanda diri ini.. haha..

Sedar tak sedar dah pukul 3.30 petang. Apalagi, masa untuk pulang. Lama la jugak nak sampai Ao Nang. Sejam kemudian baru laa sampai kat sana. What a breathtaking scenery. Next time, nak pergi Island lain pulak. Kena kumpul duit laa dari sekarang.

Sampai je dekat hotel, tetiba rasa lapar bangat. Apa lagi, melantak la kitorang. Penat sangat duk main air kan. Nah kau gambar untuk dinner kitorang.

Dinner???
Habis je makan2, kitorang pun mandi2 dan bersiap untuk keluar. Keluar untuk beli barang2 dan usha awek sikit boh!! haha. Biasa laa, jalan2 mesti ada awek2 thai, tak pun mak nyah duk promote show diorang tu. Aku biarkan saja la kan. May Allah bless them.. haha..

After that, tetibe jer kitorang sampai dekat deretan gerai yang menjual makanan Thai. Yang pastinya, harga yang amat murah, compared to restaurant. Seperti apa yang saya explain, jangan makan dekat restaurant yang kelihatan too fancy. Lain laa, kalau kau ada banyak duit kan?

Sampai je kat sana, aku terus cari kedai Yaminlah. Hal ini kerana, before aku pergi Krabi, aku bukak laa beberapa blog yang cerita pasal kedai ni. Mostly, diorang cakap yang pancake dekat sini is the best pancake of Ao Nang. Apa lagi, aku order la pancake banana+nutella yang berharga 40 baht or RM4 only babe !!! Murah gillerrzzz kau.


Habis je makan pancake ni, kitorang pun balik la ke bilik n get some rest for tomorrow's activity. Nak tahu? Stay tuned for my third part of my vacation (probably last kot).

That's all for now folks, Thank you for lending your time to read my blog. So long.

Monday, 2 February 2015

Trip to Krabi (Part 1).

Assalamualaikum everybody..

Dah lama beta tak post blog ni. Makin lama makin berhabuk aku tengok ni hah..

Ok, Btw, aku ada benda nak bagitau dekat korang semua yang aku dah nak habis belajar degree dah ni. Tinggal satu sem je lagi nak habiskan my degree year. Just can't wait to face working field even though people say that studying is better than working.

Now, I would like to emphasize on my vacation to Krabi Thailand. Actually, this is my first time to go there. I went there with my 4 girls. So crazy right since I am the only guy to join this vacation.

I went there for four days from 27th-30th January 2015. Baru lagi kot. But the main point that I would like to stress is that this place is so amazing with its breathtaking scenery and amazing people with lots of smiles. Smiles is everywhere. That's why Thailand is called as land of smiles.

Aku pergi ke sana naik flight AirAsia. Actually, aku x beli penginapan since aku join diorang sebulan sebelum ke Krabi. So, aku plan nak walk-in je lah untuk penginapan tu. Aku naik flight dari KLIA2 pukul 7.15 pagi dan sampai di sana pada pukul 7.30 pagi waktu Thai. Perjalanan KL-Krabi mengambil masa sebanyak 1 jam 15 minit je. Dekat pun dekat.

Lepas tu, kitorang naik minivan dari airport ke Ao Nang. Kami memilih pantai Ao Nang instead of going to Krabi Town because Ao Nang is a beach wit full of tourist attractions. Kalau pergi Krabi Town tu, dia macam just bandar kecil sahaja. Harga minivan tu adalah sebanyak 750 baht atau RM75. Since kitorang naik 5 orang, so each of us spend 150 baht or RM15. Ada jugak option lain iaitu bas. Harga sama je, 150 baht tapi lambat laa sampai sebab nak kena tunggu orang penuh and banyak berhenti.

Sampai je kat Ao nang tu, kitorang terus cari penginapan yang vogue gitu. Cari punya cari punya cari, akhirnya aku dapat jugak sebuah bilik standard. Nama hotel tu Lanna Beach GuestHouse. Harga yang sangat murah iaitu 800 baht per night atau RM80 semalam. Aku recommendkan dekat korang untuk pergi ramai2. Confirm jimat.

Lanna Beach GuestHouse. 
Dah dapat penginapan. Settle satu hal. Lepas tu apa lagi, keluar laa kita. Keluar mencari travel agency di ao nang dan tanya pasal pakej2 yang disediakan. Nasihat aku utk korg semua pilih travel agency yang menawarkan harga yang murah. Jangan sampai dekat satu je agency, terus beli. Nanti menyesal x berlagu tau.

Nak survey tu mestilah kne makan kan? So, kitorang pergi laa lunch. Aku order pad thai shrimp dgn nescafe ice. Nah aku bagi gambar pad thai shrimp. Biar korang terliur tengok.. huahhahahaha.. Total lunch aku adalah 140 baht atau RM14. Mahal laa jugakk.



Akhirnya setelah pusing punya pusing, dapat laa jugak harga yang murah. Kami beli pakej Hong Island long tail boat yang berharga 700 baht for full day. And for second pakej, kitorang beli pakej hot stream waterfall, emerald pool n elephant trekking which costs 900 baht. So, total perbelanjaan untuk dua2 pakej ini adalah sebanyak 1600 baht or RM160 for 2 days. The good thing about this package is that ada tour guide yang boleh cakap English, tunggu je dekat lobby, diorang akan tolong ambilkan kita ke sana, insurans n lunch is provided. So, banyak keistimewaan yang dapat diperolehi bila beli pakej ni.

Bila dah duduk survey2 ni, malam pun tiba. Kitorang rasa lapar sangat2. Kitorang pergi laa dinner yang berdekatan. Lagi satu nak pesan, kalau korang datang Krabi untuk percutian bajet, nasihat saya ialah jangan makan dekat restoran mewah. Mahal kottt.. Nak murah? Makan je dekat gerai2 tepi jalan n cari logo halal. InsyaAllah selamat. Aku ada je gambar dinner ni tapi x boleh nak post sebab aku dah compile kan semua gambar menjadi satu. So, tunggu la untuk next post yer. Penat menulis. Hahhahaha.

Stay tuned for 2nd part. Ok? So long. Assalamualaikum.