Thursday, 6 October 2011

STEVE JOBS.....

Assalamualaikum semua...
Hari ini tangan aku ni rasa gatal2 jer nk post pasal Steve Jobs ni...
X tahulah kenapa tapi nk post jugak.. hehehe... meskipun aku ni bukan pengguna Apple...


Steve Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Fransisco, California. Dia merupakan seorang pengasas, pengerusi dan ketya eksekutif bagi syarikat Apple Inc.
Sebelum ni juga, dia menjawat jawatan sebagai ketua eksekutif untuk Pixar Animation Studios, ahli lembaga pengarah The Walt Disney Company pada 2006...
                                                                                                                                                                     Begitu banyak sekali brg2 yang telah dicipta oleh Steve Jobs bersama rakannya, Steve Wozniak dan Ronald Wayne(pengasas sementara) sejak Apple Inc. ditubuhkan pada 1 April 1976 dengan menghasilkan alat pertama mereka iaitu Apple Computer(Apple 1).

Kewujudan Apple 1 disambut dengan baik oleh masyarakat dan kemudian, Apple Inc. mencipta Apple 11, Apple 111, Apple IPO, Apple Lisa,dan Macintosh...

Pada Mei 1985, Jobs dipecat daripada Apple oleh John Scully disebabkan oleh dia dikatakan sebagai pengurus yang tidak menentu dan sikapnya yang sering berubah.

Setelah dia dipecat daripada Apple Inc, dia menjadi ketua eksekutif di Pixar. Dia juga merupakan seorang penerbit eksekutif untuk filem Toy Story pada tahun 1995.

Pada tahun 1997, Steve Jobs kembali ke Apple Inc. dan menjadi CEO. Sejak kehadiran beliau ke Apple Inc, syarikat tersebut mengalami keuntungan yang cukup memberangsangkan dengan penghasilan iMac pada 15 Ogos 1998. Sejak daripada itu, lahirlah juga MacBook Pro, iPod, iPhone, yang menjadi kegilaan para masyarakat dunia pada hari ini...

Pada 24 Ogos 2011, dia meletak jawatan sebagai CEO Apple Inc. atas masalah kesihatan beliau. Beliau digantikan oleh Tim Cook dan dia menjadi pengerusi sehinggalah dia meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 disebabkan dia menghidap penyakit kanser pankreatik.

Wow... begitu inovatif sekali alat2 yang dicipta oleh Apple Inc. di bawah pentadbiran Steve Jobs.. memang terbaiklah Apple... WOW WOW WOW!!!!! hehehe...


                                        Apple 1