Saturday 26 January 2013

Semester 1

Assalamualaikum semua..
Owh, dah masuk tahun 2013 lah...
It means that I am 20 years old !!! (biarpun Julai nanti baru start masuk 20)

Bila masuk tahun baru ni...
Tamat lah juga semester 1 untuk Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal UiTM.
Hmmm... banyak betul kenangan yang aku peroleh daripada pengalaman..
Secara jujurnya, ada yang manis dan pahit...


MINGGU DESTINI SISWA 2.0, MERANTI, D204, MASSCOMM ,MC227, INC, NEWS WRITING AND REPORTING, RM200, KELUMPANG,PHOTODOCUMENTARY, KESATRIA NEGARA, 1 ORANG LELAKI, PERKAD, UIA, BARIAH, TERLEPAS KE PANGKOR,    

Sememangnya semester ini cukup mengujakan dan menyedihkan..
Menyedihkan dari sudut yang tidak dijangka seperti kehilangan file, kunci bilik, kunci mangga loker, pen drive x2, diperalatkan cukup2 dan ditipu dari segi wang.

Namun begitu, Allah s.w.t memberikanku kegembiraan iaitu aku dapat merasakan program yang aku pilih ini sangat bersesuaian dengan karakter aku. Selain itu, aku turut merasa gembira apabila aku secara tak langsung menjadi seorang guru..
Di kala tiba waktu final exam, semua orang berasa begitu resah dengan persiapan mereka yang tidak mencukupi. Lalu, aku secara sukarela datang untuk membantu mereka.
Pada waktu itu jugalah, aku berasa bersyukur kerana memilih Asasi TESL. Dengan kebolehanku untuk berbahasa Inggeris, aku tidak mempunyai masalah untuk memahami buku teks yang dipelajari..

Pada semester ini, aku mengharapkan agar aku memperolehi Anugerah Dekan, InsyaAllah, tolong doakan yer kawan2.. Sayang kalian semua.. Jumpa lagi Shah Alam Mac ini..

2 comments:

  1. Hidup UiTM Kuantan! Hidup asasi TESL! =')

    In sha Allah, Syauqi. You'll get what you deserve for your effort

    ReplyDelete
  2. Yeah.. Hidup UiTM Kuantan! Hidup asasi TESL!

    Thank u so much Dato' as I need ur support :)

    ReplyDelete