Tuesday 10 February 2015

Trip to Krabi (Part 2)

Assalamualaikum everybody.. Feel blessed to post my second part of my vacation to Krabi Thailand.

Ok. Macam biasa laa, bangun awal pagi sebab hari ni nak pergi Hong Island. Mesti korang semua pelik kenapa kitorang tak pergi Chicken Island, Poda Island, Phi Phi Island dan seangkatan dengannya. Sebabnya kitorang tak nak pergi island yang terlalu cliche. Orang selalu pergi pulau2 ni kan kalau sampai dekat Krabi ni. Lagi satu, Hong Island ni agak jauh compared to the other islands. Jadi kitorang pilih yang orang lain x ambik. Meskipun ada jugak rasa nak pergi pulau2 lain. Next time jela.. haha.

Kami bergerak pada pukul 9 pagi. Kami ke sana dengan menaiki long-tail boat. Harganya pun lagi murah berbanding naik speedboat. Tapi of course laa, naik speedboat lagi cepat sampai.

Firstly, our travel guide, Mr.Yan took us to Daeng Island. Dekat pulau ni, kitorang pergi snorkeling. Boleh tengok ikan2 yang sangat cantik. Mula2, aku berhadapan dengan cabaran yang amat sukar sebab actually, this is my very FIRST time to join for snorkeling. Agak takut laa bila nak turun, tapi kawan2 aku bagi sokongan dan dorongan. Lagi satu aku fikir, rugi sangat2 kalau aku tak turun since aku dah bayar mahal2 untuk datang sini tapi tak nak snorkeling.

Daeng Island
Lepas tu, kitorang pergi ke Lading Island. Dekat sini, kitorang jalan2 di sekitar pulau ni, makan tengah hari dan pergi snorkeling. Pulau di sini agak cantik laa, tapi kitorang tertunggu2 di manakah Hong Island.

Lading Island
Makanan tengah hari. Yang penting, nenas paling perghhhh!!!
After that, kitorang pun pergi la ke Hong Island. Hong tu dalam BM bermaksud bilik or we called it room in English. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Hong Lagoon dan Hong Beach. Untuk Hong Lagoon tu, air dia sangat cantik dan kita boleh berjalan2 sambil menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah.

On the way to Hong Lagoon.
Lepas berjimba dekat Hong Island ni, akhirnya kitorang sampai dekat pulau terakhir yang bernama Koh Phak Bia. Pulau ni terkenal dengan orang putih yang sedang tanning. Lagi satu, ada sculpture ala2 mushroom dekat pulau ni. Tak percaya? Nah, aku bagi sebijik gambar dekat korang.

Cendawan di Koh Phak Bia.
Dekat sini, macam biasa laa, kitorang pergi berenang, berjalan2 tak tentu arah.. haha. Sebab dah banyak pulau kan pergi. Tapi bila tengok pemandangan kat sini, hilang rasa tertekan dengan masalah2 yang melanda diri ini.. haha..

Sedar tak sedar dah pukul 3.30 petang. Apalagi, masa untuk pulang. Lama la jugak nak sampai Ao Nang. Sejam kemudian baru laa sampai kat sana. What a breathtaking scenery. Next time, nak pergi Island lain pulak. Kena kumpul duit laa dari sekarang.

Sampai je dekat hotel, tetiba rasa lapar bangat. Apa lagi, melantak la kitorang. Penat sangat duk main air kan. Nah kau gambar untuk dinner kitorang.

Dinner???
Habis je makan2, kitorang pun mandi2 dan bersiap untuk keluar. Keluar untuk beli barang2 dan usha awek sikit boh!! haha. Biasa laa, jalan2 mesti ada awek2 thai, tak pun mak nyah duk promote show diorang tu. Aku biarkan saja la kan. May Allah bless them.. haha..

After that, tetibe jer kitorang sampai dekat deretan gerai yang menjual makanan Thai. Yang pastinya, harga yang amat murah, compared to restaurant. Seperti apa yang saya explain, jangan makan dekat restaurant yang kelihatan too fancy. Lain laa, kalau kau ada banyak duit kan?

Sampai je kat sana, aku terus cari kedai Yaminlah. Hal ini kerana, before aku pergi Krabi, aku bukak laa beberapa blog yang cerita pasal kedai ni. Mostly, diorang cakap yang pancake dekat sini is the best pancake of Ao Nang. Apa lagi, aku order la pancake banana+nutella yang berharga 40 baht or RM4 only babe !!! Murah gillerrzzz kau.


Habis je makan pancake ni, kitorang pun balik la ke bilik n get some rest for tomorrow's activity. Nak tahu? Stay tuned for my third part of my vacation (probably last kot).

That's all for now folks, Thank you for lending your time to read my blog. So long.

No comments:

Post a Comment