Wednesday 20 December 2017

Trip to Yogyakarta (Part 1)

Assalamualaikum semua.

Lama sangat2 dah tak post ni. Makin lama makin berhabuk. Maklum la sekarang ni aku dah bekerja tau. Once habis degree, currently I'm working at AEON CO. (M) BHD. under Mall Operations, holding title Promotion Supervisor. Working since February 2016. Lagi 2 bulan, genap 2 tahun aku bekerja. Alhamdulillah, murah rezeki bila bekerja ni tapi macam biasa la, penat yang amat !!!!

Ok. Post aku kali mainly not about my work yea, it is about my trip recently to Yogyakarta last month from 27th to 30th November 2017.

Trip ni starts to clutter within my mind when so many Malaysians put their experience while they went there. They post it out on social media with attractive pictures and detailed clarification. Afterwards, terus fikir nak pergi sana. Tapi time tu tak de geng. Then, aku call friend aku ni, Alif Farhan. Aku tanya dia either he wanna join or not. Apa yang pasti, dia tak pernah keluar dari Malaysia. Dah tanya dia, terus dia agree to join.

Apa lagi, start la searching flights. Flights available to Yogyakarta from Kuala Lumpur is only Airasia. At the same time, aku pun beli hotel sekali. Ya la, tak kan la bila kau sampai sana, nak merempat kat tepi jalan weyh !! Hahahahaha. Aku guna apps Airasia Go. For hotels, aku pilih area Malioboro sebab area ni tengah bandar tau. Boleh shopping malam2. Aku ni kaki shopping tau. Lepas duk beli hotel + flight, ada la dalam RM600 sorang. Ok dah siap book, sekarang tinggal masa nak pergi sana je.

DAY 1

Ok. Kitorang bergerak dari rumah pukul 6 pagi. Naik LRT dari stesen Cempaka, turun ke stesen Bandar Tasik Selatan. Lepas tu, ambik tiket ke Putrajaya dengan harga RM8.00. Sampai je kat Putrajaya, kitorang beli lagi sekali tiket dari Putrajaya ke KLIA2 dengan harga RM9.40. Cara ini lagi jimat la sebab kalau beli direct dari TBS ke KLIA2, harganya RM37.40. Agak mahal la, cumanya lagi cepat sampai laa.


Akhirnya, sampai jugak ke KLIA pada jam 7.45 pagi. Still ada masa untuk breakfast, sampai je kat sana, Alif nak breakfast kat McD. Aku pun ikutkan je la. Yang asti, aku xde selera nak makan sebab terlalu excited untuk ke sana. Hahahahaha.

Lepas makan tu, terus pergi check in. Aku risau je tengok berat beg si Alif ni. Ya la, first time pergi vacation kan. Sekali timbang, berat beg dia adalah sebanyak 8 kg. My God !!! Aku dah warn dia sebelum ni. But then, he has to prepare some money if get caught. Berat beg aku pulak cuma 3.45 kg. Dalam beg tu, ada 4 helai baju, 3 helai seluar, 1 selipar dan 1 helai sweater. Selamat !!

Then, dah tiba masa untuk naik flight. Kitorang berlepas pada jam 9.40 pagi dan sampai di sana pada jam 11.15 pagi. Sampai je kat sana, aku dengar azan Zohor. Awal nau... Sampai je kat airport, terus ada supir yang kitorang dah booking since August. Nama dia Pak Arjun. Very nice person. Always smiling. I loike it very much.

Then, aku dengan Alif nak beli SIM card sebab nak buat live insta story katanya. Pak Arjun pun bawak la kitorang ke kedai telefon. Sampai je kat sana, kitorang nak unlimited Internet. Salesgirl pun bagi pakej 30GB under SimPATI dengan hanya 110,000 IDR, bersamaan RM32. Murah kan??Apa lagi kitorang beli laa.

Lepas beli SIM Card, aku pun bagitau Pak Arjun yang kitorang sangat lapar. Apa lagi, Pak Arjun pun bawak kitorang pergi makan Warong Spesial Sambal SS Pedas Abis. Sampai kat sana, aku order Nasi Putih, Terung Goreng, Sambal Teri, Bebek (Itik) Peha Bakar dengan Jus Mangga. Dah siap2 makan, kitorang belanja supir sekali. Harga utntuk 3 orang makan hanya 71,000 IDR, bersamaan RM21.00. Murah !!! Gambarnya pulak xde sebab syok sangat duk makan sampai lupa nak tangkap.

Ok la. Lepas makan, terus supir kiotrang bawak ke destinasi pertama iaitu, Candi Prambanan. Harga masuk untuk foreigner adalah sebanyak 337,500 IDR, bersamaan RM101.00. Mahal nau. Tapi kalau korang ada student card, harga lagi murah laa.

Entrance Fee to Prambanan Temple
Masuk je ke dalam Prambanan, ada air free. Boleh pilih sama ada nak minum kopi atau teh. Lepas tu, boleh la pusing2 dalam temple tu, bergambar dengan kuil. Selain daripada itu, ada jugak servis jeep dan basikal. Harganya adalah sebanyak 10,000 IDR sahaja, atau RM3.00 sahaja. Servis memanah turut disediakan. Harganya 20,000 IDR untuk 12 panahan.








Dah siap bergambar dekat Prambanan tu, kami dibawa ke Tebing Breksi dan Candi Ijo. Semasa ke sana, jalannya sangat curam, kalau bawa naik skuter ni, boleh mampus agaknya.. hahaha. Dekat Tebing Breksi ni tempatnya cuma ada structure berbatu bata. Kita kena mendaki sedikit la sebelum sampai ke puncak tu. Meh abang payung sikit gambar masa ada kat sana. Kat sini, tiada bayaran dikenakan. Percuma sahaja.





Ok. Dah penat bergambar kat Tebing Breksi, perjalanan diteruskan ke Candi Ijo. Hanya 10 minit dari Tebing Breksi. Tahukah anda, Candi Prambanan dengan Candi Ijo merupakan candi bagi agama Hindu. Jadi, kadang2 ada la pendeta2 dari Bali datang ke candi ini untuk sembahyang. Harga masuk ke Candi Ijo ni murah je, 10,000 IDR.





Dah penat2 berjalan, tepat pukul 4 petang, kitorang gerak balik ke hotel untuk check in. Kami menginap di Hotel Mataram Malioboro. Hotel ni betul2 terletak di hadapan Stesen Keretaapi Jogjakarta. Setibanya di sana, kami berhasil mendapatkan bilik, terima kasih kepada Airasia Go sebab dah tempahkan bilik untuk kami. Aku agak terkejut melihat room rate for this hotel. Very surprising. Because I only pay around RM100 for 3 nights. While room rate per night is more than that amount. Therefore, it is adivisable for you to book up hotel early via Airasia Go. Much cheaper than this. Enclosed herewith is the room rate for your kind perusal.


Ok. Terus masuk bilik, berguling2 atas katil, tengok TV cerita D'Academy Asia kat Indosiar. Yang pasti ada Mas Idayu sebagai judge. Ada nampak mummy happy??? Hahhahaha. Yang penting cerita itu ada pada hari Isnin sampai Jumaat bermula pada jam 7.30 sampai 11.30 malam. Penat nak tengok bai. Drama memang lebih weyh.

Around 8.30 p.m. we are getting bored watching D'Academy Asia. Thus, Alif and I have decided to walk around Malioboro Street for window shopping. Afterwards, we went to Malioboro Mall. Kat situ, ada JCo, McD, Starbucks, KFC, Giordano and brand2 yang famous la jugak kat Malaysia ni.

Lepas tu, kitorang nampak ada kedai makan bersila kat situ, kitorang try la makan kat situ. Aku makan ikan nila masak kicap and si Alif ni order ayam bandar. Ayam bandar kat Jogja ni memang kurus. Isinya sikit sangat. Then, kami order udang. Condition of shrimp itself is very disappointing. Sedih. Not fresh at all. Habis je makan, kami nak bayar. Harga makan untk 2 orang je kat situ adalah sebanyak 101,000 IDR, bersamaan RM30.00. Macam yang saya ceritakan tadi, masa makan kat warung SS, harga makan untuk 3 orang adalah sebanyak 71,000 IDR. Lagi murah, lagi segar dan lagi sedap. Therefore, I would like to recommend all of you to not eat there. Buktinya, keesokan harinya, kami tanya supir tu ok tak makan kat situ. Rupa2nya, supir tu bagitahu yang dia pun tak galakkan kami makan kat situ sebab diorang suka ambil kesempatan kepada para pelancong. Nah, aku kasi share sikit gambar dinner kami.


Kemudiannya, kami bertolak balik dan sambung tengok cerita D'Academy Asia tu. Hurmmm... ok la. Tamat sudah entry saya pada kali ini. To all my followers, jangan risau ya sebab blog ni saya akan ceraikan kepada beberapa bahagian untuk rujukan kalian semua. Thank you for lending your eyes by reading my blog. So long.

No comments:

Post a Comment