Thursday 21 December 2017

Trip to Yogyakarta (Part 4)

Assalamualaikum.

Final day at Yogyakarta is arrived. Perasaan sedih sedikit menghantui diri ini.

DAY 4

Kalau ikutkan itinerary, agenda pada hari ini adalah pergi ke Taman Sari Water Castle, Bakpia 25, and Malioboro. Tapi, kami dah menginap di Malioboro. Aku fikir agak tak syok laa last day ni sebab tak banyak tempat boleh pergi.

Namun, aku terfikir pada hari kedua tu, kami tak sempat ke Kalibiru. Apa lagi, aku push si supir ni untuk bawa kami ke Kalibiru. Alhamdulillah, pada pagi itu, cuacanya nyaman sekali. There is a very high chance for us to get a picture over there.

Kami tiba di Kalibiru pada jam 8.40 pagi. Entrance fee je dah bernilai 10,000 IDR. Kat situ, ada banyak spot yang korang boleh bergambar. Lebih dari 5 spot rasanya. Tapi kami pilih satu spot je sebab semuanya mempunyai background yang sama, iaitu tasik biru.

Kami memilih untk bergambar di Spot 1. Naik Spot 1 je dah makan duit sebanyak 15,000 IDR. Kat situ, ada servis gambar jugak. Kat situ, lagi 20,000 IDR lesap. Tapi, sumpah berbaloi sebab korang akan dapat 4 keping gambar soft copy, masuk direct ke dalam phone korang tu. Senang kan? Terus boleh post kat Instagram. Mesti dapat banyak like because quality of the photos is f*cking nice !! Heeeee... Lagi satu, meh aku bagi kat korang comparison between photos captured by their camera and by my smartphone. Nilaikan dan renung-renungkanlah.






Ok. Dah siap bergambar2 siap melompat2 atas platform tu, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Jogja untuk aktiviti seterusnya iaitu ke bank, memandangkan duit Alif dah makin sikit. Pergi la ke ATM Maybank, sekali sampai tak boleh keluar duit. Rupanya2 si Alif ni tak activatekan debit card dia tu. Ok. Next time, kalau nak gi oversea tu, jangan lupa untuk activate kan kad anda ya. Kalau tak, memang menangis tak berlagu la time nak keluarkan duit tu. Oh. lagi satu, nak lari topik jap, jangan lupa untuk beli travel adapter ya sebab plug point kat sana tak sama dengan kat Malaysia. jadi, sebelum pergi vacation to Jogja, kena beli tau....

Since tak boleh nak keluarkan duit, Alif terpaksa la pinjam duit dengan aku. Aku memang spare sikit duit RM, sebab nanti bila sampai KL, tak perlu pergi ATM, boleh guna duit untuk naik ERL. So, dapat la tukar duit sebanyak 252,000 IDR, bersamaan dalam RM80.

Lepas, tukar duit tu, pergi singgah beli Bakpia. Aku beli perisa chocolate to my colleagues. Dah siap beli tu, supir bawa kami ke Taman Sari Water Castle. Kat sini, tempatnya macam istana lama2, zaman Kesultanan Yogyakarta. Dalam tempat ni pun, ada rumah2 masyarakat Jogja. Kat situ juga, ada 3 newlyweds yang bergambar kat situ. Entrance fee cuma 15,000 IDR. Masa kat sini, akan ada travel guide yang cuba menarik perhatian kalian. Diorang akan explain in English about the castle itself. Sampai je kat hujung istana ni, diorang nak payment sebanyak 25,000 IDR each. Melampau kan?? Jadi, jika ada siapa2 yang try approach korang tu, better decline cepat2 because they will take advantage to us. Ngerti??








Dah siap visit castle ni, rasa lapar la pulak. Teringat pulak masa 1st day tu, aku obses sangat dengan Warong SS. Apa lagi, Pak Arjun bawak aku balik ke kedai tu. Dapat makan Bebek dan Terung Goreng lagi. Sedap !!!



Dah siap2 makan, tiba la masanya untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. Vacation dah habis nokkkk.. nak cuti lagi. Boleh tak?? Bawa daku kembali ke Jogjakarta !!! Dia punya rindu tu sampai sekarang masih menebal di hati ini. Hurmmm... ok2. Sebelum balik, kami ingin berterima kasih kepada Pak Arjun dan Enjoy Your Holiday Yogyakarta. Kepada sesiapa yang berminat untuk ke Jogja, boleh la guna pakej yang disediakan oleh Enjoy Your Holiday Jogjakarta ni. Sangat berbaloi. Meh PM nombor through whatsapp at +62 822-4247-7252.



Tq Pak Arjun dan Enjoy Holiday di atas servisnya.
Ok. Itu sahaja la dari saya untuk kali ini. 4 bahagian kau. Cerita pasal Jogja je kan. Next time, kalau aku pergi vacation, I will share with you all yea. Thanks for reading. Much love. XOXO. Bye !!

No comments:

Post a Comment