Thursday 21 December 2017

Trip to Yogyakarta (Part 2)

Assalamualaikum everybody.

Now, I would like to continue on my second day while at Yogyakarta. Masuk je hari kedua ni, kami makin bersemangat untuk meneruskan aktiviti pada hari ini. Sebelum bertolak, meh abang payung gambar breakfast pagi iaitu :-

Surprise !!! 
DAY 2

Around 7 a.m., our driver pick us up. From there, we continue our journey to Merapi Mountain. Once arrived, we took jeep service as Merapi condition is surrounded with rocky roads. Masa naik jeep tu bergoyang2 la jugak badan tu. Excited dia lain macam weyh. First thing first, we go to Merapi Museum where lots of home appliances are displayed, portraying how volcanoes can affect your house. Sedih sangat bila tengok kesan2 gempa bumi ni. Tahukah anda, kali terakhir Gunung Merapi ini meletus pada 5 November 2010. Kesannya dapat dirasai sehingga dalam radius 30 km, masih ada kesan2 debu pada tempat tersebut. Dahsyat.



Barang2 peralatan musnah dek gempa bumi.


Ok. Lepas melawat muzium, kami dibawa ke tempat2 yang sesuai untuk bergambar iaitu Batu Alien dan Bangker Kaliadem. Basically tempat2 kat sini digunakan untuk bergambar, berlatar belakangkan Gunung Merapi. Namun apakan daya, hujan lebat sangat, sampai tak sampai Merapi. Sedih...


Selfie dengan Batu Alien tapi tak nampak muka manusia pun.

Habis je pusing Merapi tu, kami diberikan air Teh Botol.. air paling famous di Indonesia. Ingatkan air teh ni lain sikit dengan yang lain, sekali minum sama je dengan air teh kat Malaysia. Dah habis minum Teh Botol, kami meneruskan perjalanan kami ke Candi Borobodour. Jika untuk Candi Prambanan dan Candi Ijo untuk agama Hindu, Borobodour tu pulak untuk agama Buddha. Biasanya bila tiba Hari Wesak, penganut agama Buddha akan berkumpul di Borobodour untuk bersembahyang, sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan. Lagi satu perbezaan antara candi Hindu dan Buddha iaitu candi Hindu mempunyai menara yang tinggi dan corak bangunan yang tidak begitu kompleks, berbanding dengan candi Buddha yang lebih panjang dan ukiran yang lebih mendalam.




Dah habis pusing Borobodour, apa lagi meh la kita shopping kat Borobodour. FYI, prices near Borobodour is much cheaper than Malioboro. Whenever you reach any shops near Borobodour, you need to ask the price first. If you feel unsatisfied with the price, leave it out. Trust me, the owner will chase you and give cheaper price as per requested. Unlike Malioboro, you can't negotiate that much.
Buktinya, aku berhasil membelikan 2 dompet yang bernilai 20,000 IDR, 2 woven bag yang bernilai 30,000 IDR dan 3 ketul fridge magnet yang bernilai 30,000 IDR. Murah giller weyh. Aku recommend you guys untuk shopping secara pukal di Borobodour ya.

According to our plan, next stop is Kalibiru. However, time constrain is the main factor during that time, dengan tak lunch lagi, dek sibuk shopping kat Borobodour. Lagipun Kalibiru tutup pukul 4.00 petang. Otw balik tu, kami makan kat Restoran Padang, Rumah Makan Uni Yani, berdekatan Borobodour. Sampai je kat sana, kami request semua makanan Padang yang mereka sajikan. Sekali hantar, hambik kau !!!


The best thing about Padang Restaurant is that they will serve all foods in the table. They will pay on which food that we consume only. Sounds great isn't it?? Ok. Harga untuk 3 orang makan is 144,000 IDR, equivalent to RM44.

Ok. Takkan la pukul 4 dah nak kena balik hotel. Memang tak syok la kan. Sebelum aku ke Jogja ni pun, aku ada buat research sikit pasal Gereja Ayam. Aku pun teringin ke sana bila baca blog orang lain. Lepas makan tu, aku terus tanya supir, Gereja Ayam tu dekat tak dengan Candi Borobodour?? Dia bagitau dekat je, dalam 15 minit. Ok. Cun. Apalagi, terus aku nak pergi sana. Maklum la tak dapat pergi Kalibiru. Lagipun masa nak pergi Gereja Ayam tu, driver ada bagitau yang Kalibiru ditutup sebab hujan lebat. Fuhhh.. keputusan yang sangat tepat untuk tidak pergi ke sana. Kalau tak, menyesal tak sudah.

Sampai je kat Gereja Ayam (Bukit Rhema), kami menaiki jeep sebab jalan ke tempat itu sangat la curam. Kereta Avanza milik driver kami pun tak lepas. Entrance fee for Gereja Ayam is 30,000 IDR (RM 9.00) and jeep service is 14,000 IDR (RM4.20), pergi balik. Ok la kan.

Dekat Gereja Ayam tu, ada tempat sembahyang untuk Muslim dan Kristian. Mereka tidak ingin berlakunya ketidaksefahaman hanya disebabkan berlainan agama. Selain itu, tempat itu juga merupakan tempat pembikinan filem untuk Ada Apa Dengan Cinta 2. Makanan tradisional turut disediakan secara percuma tetapi kami tak makan sebab kenyang dengan Masakan Padang tadi.Di Gereja Ayam ni, kalau naik ke puncak, boleh dapat tengok view Candi Borobodour sekali tau.





Ok. Gereja Ayam pun dah nak tutup ni since diorang tutup pukul 5 petang. Beredarlah kami dari Gereja Ayam. Tak sia2 aku gamble ke sini sebab according to package yang kami tempah, tempat ni tak masuk pun dalam list. Hahhaha, ok, lepas tu, kami minta tolong dengan driver untuk pergi ke pasar raya sebab baju, seluar dan kasut kami sudah lencun bak hang. Basah. Tak selesa langsung. Pergi la beli sabun buku, dengan payung. Maklum la, kami datang pada musim hujan. Seharian hujan di Jogjakarta. Lepas beli2, supir tanya nak makan Bakpia atau tak? Aku cakap why not. Terus dia bawa kami ke Bakpia Pathok 25. Harganya cuma 35,000 IDR. Bakpia ni bentuknya macam nugget tau. Comel sangat. Bakpia ni merupakan makanan masyarakat Jogja yang menggunakan roti dan disaluti dengan inti kacang hijau. Ni yang original punya. Tapi ada juga premium taste like durian, chocolate dan kacang merah. Harganya mahal sikit la, cuma 45,000 IDR.


Surprisingly, malam tu kami langsung tak keluar sebab penat sangat. Kami banyak menghabiskan masa pada malam tersebut dengan menonton televisyen. Hurmmmm... Ok la. Berehat untuk aktiviti keesokan harinya. Ok. Stay tuned for part 3 yea. Letih aku nok duk menaip ni. Ok. Bye..

No comments:

Post a Comment